it's juz omong kosong.. i need something to hear my'voice'

Posts tagged ‘gila buku’

KLIBF 2011

Tamat saja exam hari 27 April yang lalu, saya bergegas mendapatkat train menuju ke PWTC! sangat tak sabar, walaupun pada mulanya rasa lemah akibat soalan yang susah, dan tiada teman yang free untuk menemani ke sana.

tapi dengan berfikir ‘macam tak biasa saja jalan sensorang’ saya pergi juga KLIBF kali ini. sampai sana jangankan kawan, saudara mara, jiran tetangga, sahabat lama, semua pun saya jumpa! ironinya, rumah kami dekat saja, namun sudah bertahun juga tak bersua, dan jumpa di sini, PWTC? Allah juga sebaik-baik perancang.

Masuk saja ruang legar PWTC itu, saya lihat dah berduyun-duyun masuk. Sengaja saya memilih weekdays untuk ke PWTC dengan harapan tak ramai orang dan boleh memilih dengan senang hati. Namun, PWTC tetap meriah hari itu. terdetik hati saya, dari manakah statistik yang dibuat mengatakan warga Malaysia malas membaca. Ini mungkin bukti yang statistik atau penyataan mereka itu tersilap. Atau mungkin statistik itu di buat di nun ceruk desa mana. mungkin kan? hei, rakyat Malaysia suka baca buku, tahu?

Gerai pertama yang saya dan rakan sekelas saya(tak rancang nak pergi sama, trserempak di KTM) ialah.. JEMARI SENI.

walaupun kebanyakan buku-buku terbitan Jemari seni sudah saya baca, saya tetap nak berkunjung ke situ! sebab? nak jumpa Kak su! hampa.. kak su tiada pula! tak mengapa, kemudian saya menjadi promoter tak bergaji kepada sahabat saya itu, sampaikan promoter yang biasa terus akan menyapa pengunjung itu, diam, dan memandang pelik. ‘bila pula ada pekerja baru ni?’ mungkin itu yang diungkapkan di minda mereka. Lagipun saya yang agak excited, bercerita overall story dengan teliti pada sahabat saya dengan agak kuat. jadi, pengunjung di situ pun, jadi tak berminat nak baca, sebab dah tau cerita dari saya. contohnya saya berkata begini.

“novel Imaen tajuk Labyrinth itu agak suspens dan unpredictable sebab pembunuhnya polis juga!”

atau

“dalam cerita Sigaraning tu, citer pasal orang yang ambil duit  2 perompak yang tengah berebut duit. tak ke sengal cari pasal?” dan ada pengunjung yang baru nak ambil buku tu pandang saya. lalu beralih ke buku lain. oh Encik Imaen, saya tak berniat apa-apa tau?

dalam pada itu sempat saya gula-gulakan sahabat saya itu supaya ambil buku Labyrinth dan buku karya Syud yang baru, sebab nanti saya boleh tumpang baca! maaf, saya juga menghasut dia supaya tak beli karya Hlovete yang baru itu, sebab temanya sama macam buku-bukunya yang lepas!

lalu, kamu beli apa?

Saya awal-awal lagi dah capai Langsir bIji Remia , walau Kak Su takde! buku Imaenyang nampak macam tak mencabar saya letak kembali ke rak. buku yang gambar jeans itu, sempat dikomen oleh sahabat saya, “macam komik Gila-gila saja covernya”

mungkin Imaen nak tukar selera dan genre tulisan, silakan. saya nampak Encik Imaen dan laju-laju mengnalinya di tengah ramai orang kerana ketinggian beliau itu, namun nak dekat? tiba-tiba saya jadi malas. Lagipun saya tak beli bukunya pun, dan agak menyesal kerana tak bawa buku dia yang sudah lama saya beli untuk ditanda tangani olehnya.

Gerai PTs dan Geleri Ilmu telah merantai saya lammma.. sehingga buat sahabat saya itu bosan, dan dia sudah pun menghabiskan seperempat novelnya gara-gara menunggu saya. Jumpa kaka saya? lagilah kami macam tak ingat dunia berbicara mengenai buku.  apa yang tak best di sini ialah.. Novel Andrea Hirata itu telah habis hanya beberapa minit sebelum saya sampai!! alangkah sedihnya hati… terklan. mungkin ini balasan berlama-lama di gerai Jemari seni dan ‘menghasut’ di situ. oh!

Apa pun  WeiL China, dan lain-lain buku yang dalam senarai dapat saya penuhi, kecuali buku Penulis Yang Disayang Tuhan. Saya lupa! dah sampai rumah baru ingat! hermph!

Apa yang tak seronok hanyalah RAMAI SANGAT ORANG SAMPAI SUSAH NAK GERAK! dah tu, tersentuh ramai orang pulak!. tak sukanya…

Tapi misi tidak tertunai selagi senarai buku saya tidak dipenuhi,walhal yang tak termasuk senarai dan tak pernah ada dalam senarai pun dah ada dalam beg! huh..

Tidak, kali ini, saya bertekad, selagi tak dapat buku HAMKA, saya tak boleh keluar dari PWTC ni. habis, dari satu gerai ke satu gerai saya menabalkan muka, bertanya, mengenai buku tersebut.

AKHIRNYA…

apa yang istimewanya buku ini?

sebab dah berapa buku saya baca asyik sebut pasal buku ni saja. tapi saya tak tahu pun, biarlah nak kata saya ketinggalan zaman ke, kolot ke.. pelik ke.. yang penting ia juga sudah menjadi tanda tanya kami adik beradik, sejak bertahun dulu, apakah sebenarnya yang menjadikan buku ini ‘famous’ sehingga ‘disebut-sebut’ oleh buku lain. jangan gelak ye.

ok, sambung,sambung PWTC punya cerita.  tak sedar berapa kali pusing satu PWTC tu, lihat-lihat buku. bila dah duduk dalam tren, barulah rasa penatnya~.

oh, nak khabar mai, keluar dari pWTC itu, saya terus terjumpa Dr Danial Zainal Abidin. saya lah yang pertama-tama menyapanya, dan sempay mengambil gambar dia. haha, bangga diri sebentar.  ok. stabil balik.

dan senja hari itu menyaksikan saya yang lambat sampai ke rumah kakak saya. sebab silap tren! hampeh. teksi pula lembap macam siput sedut.

oh! lupa nak cerita, kan saya pusing entah berapa kali kan? lalu, Jemari seni itu saya lalui buat kali ke berapa entah. dan tiba-tiba saya terlihat susuk yang macam saya kenal.

“eh, noor suraya!” kata saya.

kakak saya menoleh.

“mana?”

“itu…” kata saya menuding wanita yang berapron maroon dihadapan kami.

“mana kau tau itu noor suraya?”

“tahun lepas kan, dah pernah jumpa.siap ambil gambar lagi.” ujar saya yang meliha kak su yang sibuk melayan pelanggan. saya berdiri menunggu Kak Su bercakap dengan pelanggannya itu sambil memegang buku ungu yang baru itu.

“cepatlah! kata nak ambil sign?” desak kakak saya lagi

“dia kan tengah layan orang tu.”

“meh aku yang tegur dia. “selamba kakak saya beri salam dan terus minta tandatangan.

Kak su mencari-cari pen, dan saya yang memang tak bwa pen gara-gara paranoid dengan exam menunggu lah kak sucari pen. bolehlah, ball pen pun, tahun lepas kak su guna pen warna-warni. haha.

siap ambil gambar lagi! kak su sempat kata “nanti tag lah gambar ye”  saya ye kan saja. lama sikit bila dah jalan, loh? aku mana ada FB? kat blog? tak boleh la post kat sini, nanti berderet pula orang nak isi borang. Ahah! nanti saya edit dulu gambar tu, baru post kat sini.

apa-apa pun. KLIBF kali ini, boleh tahan la.. suka dengan susunan gerai yang tak jauh antara satu sama lain, macam tahun lalu. kena pusing ikut jalan jauhh.. baru sampai tempat best.  dan exihibitor lelaki pun membantu. sebab rasanya tahun lalu tu, AJK lelaki dia suka maIn-main, orang tanya, jawablah betul-betul!

yang penting, buku tokoh-tokoh kesarjanaan sains Islam itu, tak dapat saya miliki, sebab masa suntuk! DBP punya gerai pun macam pelik. dalam bilik. so, agak cuak nak masuk. haih! terkilan lagi.

sekarang ni, macam sayang nak baca buku2 tuh, sebab nanti dah tiada buku nak baca. dah lah satu subjek je ambik s.sem ni. bosan menimpa-nimpa! baik, perlahan-lahan habiskan. nanti jika rajin, saya buatlah resensi buku2 tersebut.