it's juz omong kosong.. i need something to hear my'voice'

ramai orang mahu income yang cepat, kesan yang hebat, dalam masa yang sekejap

merujuk pada serangan kepada Palestin, aku hargailah korang yang berkumpul save gaza semua. Tapi aku jadi bingunglah kalau kalian akhirnya lepas himpunan,pun solat lewat. Aku tengah sangka baik kut, katakan kalian solat.

 

Entahlah. aku cuma teringat pesan nabi sebelum nabi hembus nafas akhirnya. “assola..tas solaah..” tersentak-sentak.

pastu aku jadi keliru bila baca ayat Qur’an, “mintalah pertolongan dengan sabar dan SOLAH” entahlah, aku jadi pelik, tiada pula Allah dan nabi suruh berhimpun begitu. Himpunan yang paling baik kan masa kalian berbaris, angkat takbir sama-sama.

 

aku jadi kasihanlah, bila tiap kali waktu solat orang yang sama jugalah melaung azan.

okeylah, aku mengakulah, aku pernah membuat eksperimen pada diri aku sendiri. cuba meniru dan mengamalkan apa yang nabi suruh kepada kalian, bukan pada kaum aku. sembahyang di mana azan dilaungkan, setiap kali waktu solat. aku try dah. subuh sampai isya’. pergh! sehari tu, memang tak sudah, aku pandang jam. dah masuk waktu belum. dah ke belum. sekurang-kurangnya sepuluh minit sebelum, aku dah kena siap-siap start motor ke masjid. sumpah! susah!

tapi, aku yakinlah. kalau menda susah macam ni boleh lepas, semua masalah lain mesti dah tak nampak sebagai masalah.

 

aku sampai sekarang tak tahu apa rahsia, dan kaitan solah dan sabar. cumanya, yang aku pasti janji Allah benar. mesti ada pertolongan.

 

masalahnya, aku tak dapat pun lagi hakikat solat seperti mana sahabat. lepas solat, semua masalah settle.

 

masalahnya, aku kesian weh!! kesian! solat pun korang dah belakangkan, camna Allah nak tolong.

okey, aku yang solat pun tak de beri kesan mana pun, bagaimana mereka? weyh! solat lah der..

 

ulang baca

baru tamat pembacaan semula The Broker John Grisham. baru ulang dua kali, dan baru ini faham ceritanya. pertama kali baca awal-awal tahun satu dulu. lama dah. nak tamatkan baca masa pertama kalinya, perlu seminggu

bila baca, baru aku sedar, penulisan aku terikut gaya dia.ceh! baru tulis satu cerpen sudah kata begini. eksyennya!

bila baca buku dia, aku terfikir, bilalah aku boleh bercerita luar kotak sepertinya?

 

mudahkan, jangan susahkan!

sengaja aku membuat kira-kira untuk abang aku. ya. dia bakal kahwin nanti.

 

untuk kira-kira sebelum kawin dah selesai. banyak!

duit sewa kemah, duit lauk, duit catering, cincin, hantaran, baju pengantin (serba satu ma!), bunga telur, belum langsir-langsir segala.  lagi? aku tahu lagi banyak dari ni. dah bakal bini de nak photographer plak. nanti aku tangkap je la guna digital kamera. hadei! dunia photi editing sekarang boleh buat majlis kat ceruk dunia mana pun tau?

dah kahwin lagi banyak

-duit rumah

-duit api air

-duit keta.

-duit dapur

adik aku menyampuk

“dah ada anak! duit pampers!

-duit susu

-ya, nak bersalin pun kena duit jugak

belum campur duit isteri punya maintianance. dapat standard vios pun dah kiok.

adik aku kata “aku kancil je..”

ea? kalau aku kata aku kriss? minyak tuti takde, minyak gear pun tak guna, malaysia punya lagi. ah! merepek semua ni.

dah adik aku congak-congak dia punya pulak. mau beriban!

susahnya mahu kawen. mak aku setuju. kenapa nak belanja besar-besar?

 

kita boleh memilih. masalahnya ramai yang rela mengikut dari memilih. sekor kambing cukup! kan?

dah sudah…  hidup sendiri macam Sayid Qutb ke Imam Nawawi ke.. bagus juga. macam orang Jordan, mas kahwin mahal sangat. nak kahwin pun payah. jadi mereka ramai-ramai daftar diri jadi askar posting ke Lubnan.kalau mati-syahid. kahwin dengan bidadari lagik. habis cerita. dunia menyusahkan. haisy! follow je syariah tu.. kan senang.

 

hari tu teman abang aku beli cincin. hadui! cantik memang cantik! harga pun cantik.

 

dalam hati aku fikir, belajar sirah pun tak guna macam ni. tak hambik fiqh sirah kut. meh aku belek sirah, tak de pulak wajib bagi cincin. ada tak de nabi bagi rantai kat khadijah, ngan aisyah. kan? sekali tu je la. ini risik bagi, tunang bagi, nikah bagi. habis, apa yang tinggal, dah kalau semua kena bagi?

semua adat ni menyusahkan je lah! orang nak beribadah pun payah!

 

mahu salam dan sebut akad pun payah ke? kalau guna t-shirt tak sah gamaknya.

yang penting akad, akad.

 

kalau dah banyak macam ni, ini kira menyusahkan ramai orang. kalau baca hadis tu, jagalah tangan kamu dari menyakiti atau menyusahkan saudara kamu. kira menyusahkan tak, kalau suruh mereka bayar macam-macam untuk akad tak seminit tu? sigh~

Say no to Mc’D

“Jom, semua. kita wajib pergi lunch Mc’ D rabu ni ya” ujar bos usai mesyuarat hujung minggu lepas.

Aku sudah termangu. sebagai budak baru, banyak hati perlu dijaga. Tpi aku lagi mahu jaga saudara aku di sana- Aqsa.

Lalu sepanjang pagi Rabu, kepala aku berdenyut, bagaimanakah cara terbaik nak menolak. Aku bukanlah mereka golongan fanatik boikot. Namun, Sabtu semalam aku baru saja bersemuka dengan Raed Solah. Di manakah semangat yang dirasakan hujung minggu lalu, jika aku sertai mereka di restoran pembekal peluru ke anak-anak Palestin itu?

“Mc’D dan KFC, yang pasti boikot, dan terbukti pasti kena boikot adalah Mc’D.” ujar sahabat aku bila aku meminta pandangannya,

Aduhai.

Aku KFC pun jarang. inikan Mc’D. aku dah bayangkan mereka update fb mereka, dengan mengetag aku

“bersama-sama rakan seofis di Mc’D..”

 

oh no.. lalu mereka yang pernah aku semburkan liur, bercakap berbuih semangat Palestin mengutuk-ngutuk aku.. dan yang lebih teruk jiwa aku sendiri mengutuk diri.. aku tak dapat bayangkan

kepala aku dah sesak. nak menaip sepagi itu, melihat data menari-nari mengejek-ngejek aku. “siapa ntah yang nangis-nangis jumpa Sheikh Palestin semalam, pastu dari belakang tangan ada pisau nak tikam”

jam dah 12.30.

sesak!

“zu, jomm”

er..

“Zu, you jaga rumah ye..” Bos tetiba cakap begitu pada aku. aku memang tak pernah beritahu yang aku akan join mereka, cuma akak2 situ yang beriya mengajak aku. dan aku semalam tu dah iyakan. -hina kau tengkuk, pergi angguk!-

‘eh?’

“Zu join sekali la..” akak tu bersuara

“eh, tak– tak..”  aku melambai tangan ku menolak. Tuhan, tolong aku.

“Tak pe ke? Kata semalam nak ikut” akak itu memujuk aku.

 

“bos, saya jaga rumah bos, meh saya pegang kunci” aku berkata begitu. laju-laju.

 

kunci ofis duhulur.

 

“betul tak nak ikut? dekat je.. depan tu”

 

“ha, tau kut. takpe-takpe..” ujar aku, dah tergaru-garu.

 

“Tak nak pesan apa-apa?”

“tak.. takpe”  sama je la kalau aku tak ikut, pastu aku pesan pulak? sama je bhai..

 

mereka pun berlalu.

Ah.. leganya….lalu kepala aku letak ke meja. langit baru terasa luas. Besok dah kena buat sesuatu untuk pujuk akak yang terasa jiwa raga sebab aku tak join tu.. lagi pula farewell party tu kena tukar dengan farewell present.  esok aku dah tamat dok melaka. Yay!!

Okey lagi la beli souvenir dari makan Mc’D tu.. ya, selain aspek boikot, duit aku pun bukan ada sangat.

 

hey you, little kiddo!

Look at zinnirah. muka beliau kelihatan sangatlah nakal. Si adik Teha nangis tu sebab dia, tapi boleh buat muka tak bersalah.  can i say this? -her naughty face truly same to her father- ahah! da pandai usik orang budak kecik ni. ikut siapa? mungkin inilah akibat dapat ayah yang suka usik anak sendiri.

masa semua orang sibuk anyam ketupat, kami terlupa wujudnya budak kecik ni. sebab sunyi, tanpa jeritan beliau. dan tiba-tiba muncul kat dapur, buat kami terbahak-bahak. sekali tengok macam 7 dwarf yang dalam cerita snowwhite.  patutla hang senyap ja! mengerjakan stokin acik ghopenya! seblah acik ima punya, sebelah acik yati.

‘Ya! anak saya memang ada hobi begitu. Hobi pakai stokin orang besar’. begitu menurut laporan ibunya. hadei~

T untuk teha! ini mainan kesukaan teha, sebab bila digigit ia kelihatan enak sekali. lembut kut. apa pun teha kini dalam proses merangkak selepas diajar secara paksa oleh aciknya! bila semua bertanya ‘siapa nama baby?’

“Fatihah az zahra’

‘siapa?’

‘Al-fatihah! auzubillahhiminanssyaitonirrajim’

jawab macam ni, baru la derang terang nama baby ni..

apa pun. raya hari tu disambut dengan kemeriahan, apabila pagi-pagi rumah dipecahkan kedamaian dengan tangisan mereka ini. lebih-lebih lagi zinnirah. orang sebelah rumah nak datang beraya, guna KPI tangisan dia untuk tahu kami ada di rumah tak. berguna jugak ea? rasanya tanpa kanak-kanak, raya itu sinonim dengan hambar, kan? so.. hargailah kenakalan mereka ketika kecil ni, sebab, bila kecil2 nakalnya masih comel.  dah besar, nakalnya memeningkan kepala.

p/s: saya sangat popular dikenal sebagai acik paling garang. sekian. terutama pada anak buah lelaki. hahaha. ‘hei! nak cubit?’

kosong

pernah tak hidup tanpa jiwa.

heartless.

no soul.

jiwa kosong.

jasad tanpa roh.

hantu.

dan semakna dengannya.

pernah?

dulu masa matrik aku rasa begitu.

sekarang juga.

mengharap pada angin.

aku rasa tanpa cabaran kat dunia ni, aku tak berjalan pun. lalu jadilah aku si pencari pasal. tercampak . tak.. tak! sengaja mencampak diri ke nun jauh dari tamadun fikrah dan kebiasaan aku. juga keluarga. juga kawan-kawan.

akhir kata. aku belum dewasa. sebab aku masih lagi bergantung.

jagalah tempat lahir Taqwa

Bercakap mengenai hubungan lelaki perempuan ini memang selalunya tidak akan tamat. Sebab pokok pangkalnya hati. tempat lahirnya taqwa.

 

Kalau pun kamu sudah baca beribu-ribu artikel menyatakan berhubungan dengan lelaki tanpa urusan adalah tidak wajar, namun kamu tidak ingin pun mengamalkannya dan terus-terusan beralasan, siapa boleh halang?

 

lalu, berselindung di sebalik tugasan sebagai contoh. maaf kalau saya katakan, saya muak dengan pelajar-pelajar yang berhubungan atas alasan kerja-kerja persatuan, dan ukhuwahfillah sesama ahli persatuan. apatah lagi persatuan yang menumpang nama Islam namun praktikalnya sama sahaja dengan persatuan lain.

BEnarlah, kalau kamu perlu berhubung dengan lelaki untuk selesaikan tugas itu betul, tapi, bila sedikit sahaja masuk kepada hal-hal kehidupan sendiri itu adalah simptom masalah hati.

“Boleh hantarkan soft copy file hari tu, sekarang?”

“Semalam kan, baru suruh buat? jadi tak siap lagi. maaf, saya ada presentation esok, dan esaimen juga. dan baru saja pulang dari kampung melihat nenek saya tenat. saya penat betul. dua hari lagi saya hantar?”

‘oh, benarkah, tak mengapa kalau camtu. kampung awak di mana? mesti penat.awak berehatlah. semoga nenek awak cepat sihat”

dan.. sudah..dah soal pasal kampung kat mana pula.  instead of jawab panjang lebar sampai keluar cerita nenek semua..baik jawab begini saja.

“maaf, saya ada kekangan nak hantar hari ni, ada prioriti lain. beri masa dua hari lagi.”

atau jika anda boleh buat, balas sajalah

‘noted’

biar ringkas dan padat, tidak meleret-leret.

Pintu yang syaitan buka itu, kita tak sedar di mana. antara tips untuk tidak terpedaya dengan muslihat syaitan, ketika sms, gunalah ayat yang formal.  biarlah orang kata bercakap dengan kita seperti bercakap dalam sidang dewan bahasa dan pustaka,asalkan itu mengelakkan dari dosa.

entahlah, mungkin ia dilihat ekstrim. tapi saya pernah mendengar sahabat saya menyatakan.

“aku tak kisah apa dan macam mana orang pandang aku, tapi, aku nak tahu,dan kisah macam mana Allah pandang aku, betul ke tidak apa yang aku buat”

betul,kan?

Ramai yang kata,’ mesej saja pun, bukan ada perasaan. hanya bertanya khabar.’

Ya, semua apa yang kamu buat itu bergantung pada ketaqwaan kamu. kalau kamu mahu tahu, syaitan itu sangat kreatif. dia pusing sehingga kamu betul-betul masuk ke perangkapnya. kalau kamu taqwa ketika itu tinggi, sekecil mana pun kamu akan fikir,jika aku buat begini,apa pandangan Allah pada aku? benar atau salah?

jadi bagaimana nak kahwin? cakap  pasal hati semua tak boleh, macam mana nak kenal?

sebab itu bagi saya ada satu elemen penting yang memudahkan perhubungan yang ingin diakhiri dengan pernikahan. -ORANG TENGAH-

ya, kamu perlu orang tengah. bukan terus berhubung dengan si dia. berurusan dengan dia secara terus hanya membuatkan kamu mengalami masalah hati. urusan pernikahan itu jadi tidak fokus lagi.

pemilihan orang tengah juga perlu bijak. sebaik-baiknya mahram sendiri. lebih berusia, dan mempunyai akhlak yang baik dan boeh jaga rahsia. itu penting.

susah? tak boleh berkasihan?

sabarlah, hanya untuk sebelum nikah.

 

separtinya teori ini memang kelihatan mudah bukan? hakikatnya mujahadah tinggi diperlukan.  sebab natijahnya nanti sangat manis.

er.kalau saya nak katakan kahwin bukan sekadar kahwin dan bersuka-suka, nanti panjang pula entri ni. jadi berhentilah di sini.

 

 

 

apa tengok-tengok?

aku paling menyampahlah. aku tak rasa pun dah berada lama dalam bulan mulia ni. dan tak banyak buat apa lagi, tapi semua tu direncatkan awal-awal lagi.

kat ofis aku ni, buka radio 24 jam. ops, tak la ..10 jam. ya 10 jam bukak radio. itu tak salah. tapi ia sangatlah menganggu emosi aku bila lagu yang diputar adalah lagu raya. apakah?

dan hari ini aku lupa bawak earfon yang sanggup aku beli dengan harga yang agak tinggi semata-mata hendak menyumbat telinga di ofis ni. kalaupun aku tak dengar sepatutnya apa yang kena dengar, at least, aku tak dengar apa yang tak nak aku dengar. kan?

tolonglah lagu raya ni, sangatlah tak best. sekian.

segala diskriminasi

aku tak tahu, kenapa. mesti ada diskriminasi gender. inikan negara membangun. jap2. adakah dengan kata-kata aku ini, aku boleh digelar pengamal sekularism.

 

habis mereka yang tidak boleh menghormati orang lain itu perlu gelarkan apa ya?

 

adakah untuk berbuat baik perllu melihat gender, bangsa dan agama?

sigh~

akhir

saya tak mahu bercerita berkenaan hal ‘habis-sem-or-final-day-in-campus’ sebelum tiba tarikhnya.  sungguh tidak seronok ya?

sudahlah terkilan tidak dapat bersalaman dengan rakan sekelas selepas kertas akhir paper  major hari tu. tetapi, bila melihat, sejarah, sahabat-sahabat semasa matrik dahulu pun, entah ke mana tak terjaga. ya, tidak satu pun yang saya ‘pegang’ sehingga hari ini, kecuali mereka yang menyimpulkan tali persahabatan dengan sela-sela tarbiyah dan islam. hanya seorang itulah.  saya sangat percaya dengan persahabatan material dan keduniaan sangat wujud di dalam mana-mana kelas-kelas atau sekolah yang menuntut gred-gred sebagai kayu ukur.

saya juga tak menafikan, tiada rasa untuk mengekalkan kemesraan selepas tamatnya tempoh belajar. habis belajar, habislah jalinan kami. tidak berbekas. kenapa? sebab semasa berkawan, sendiri pun perlu sebab,

“macam mana kau boleh kawan dengan dia?’

“dia kosmet aku”

“dia satu kolej dengan aku”

“dia rumet aku”

 

bila gelaran kosmet, kolej-mate, rumet itu telah tamat, maka tiada sebab lagikah untuk terus berkawan?

pernah tak anda ditanya soalan begini, dan anda tak tahupun atas sebab apa anda berkawan?

saya sendiri terpinga, kawan pun perlu sebabkah?

lama-lama saya jawab begini.

“dia satu akidah dengan saya”

YA! saya bukan satu batch dengan dia, bukan satu kolej, bukan satu kelas, dan bukan sefakulti. jadi kenapa kami boleh berkwan? kerana kami satu akidah, satu syahadah. walau esok kami terpisah dek sempadan dunia, terpisah dek berbza tempat kerja, waima walau esok  nyawa kami tercerai dari badan, pun, kami tetap seakidah! dan bakal bertemu disana nanti atas persamaan ini. Insya Allah.

eh, saya bukan nak bercerita mengenai hal ini ketika saya klik dashboard tadi, em. tak mengapa.layan

 

pulang ke rumah selama 4 hari, bukan boleh dikira lama mana. kalau nak banding 3 bulan.

dan sempat juga menyelak buku adik  yang ada cerpen ‘tas merah jambu’. cerita syud yang semacam sesuai saja dengan situasi saya sekarang.

 

ah! rasanya bila fikir semula. cerita itu adalah sambungan yang direka-reka oleh fikiran penulis, yang tidak kesampaian ditamatkan di alam realiti, lalu dia bertindak menjadi penulis ‘takdir’ untuk dirinya yang ‘dihidupkan’ oleh watak-watak di dalam cerpen ‘tas merah jambu’nya itu, lalu cerita  di alam realiti itu hanya mampu ditamatkan di dalam coretannya di dalam buku!  berani! sangat berani.

hakikatnya, realitinya, banyak cerita tergantung di luar dewan peperiksaan. tak semudah itu untuk mengakhiri cerita.  dan saya sendiri, mengelak dari cerita ditamatkan. rasanya banyak filem yang tergantung jalan ceritanya.  seperti sekarang, saya pun tak tahu nak mengakhiri dengan apa entri ini.