it's juz omong kosong.. i need something to hear my'voice'

akhir

saya tak mahu bercerita berkenaan hal ‘habis-sem-or-final-day-in-campus’ sebelum tiba tarikhnya.  sungguh tidak seronok ya?

sudahlah terkilan tidak dapat bersalaman dengan rakan sekelas selepas kertas akhir paper  major hari tu. tetapi, bila melihat, sejarah, sahabat-sahabat semasa matrik dahulu pun, entah ke mana tak terjaga. ya, tidak satu pun yang saya ‘pegang’ sehingga hari ini, kecuali mereka yang menyimpulkan tali persahabatan dengan sela-sela tarbiyah dan islam. hanya seorang itulah.  saya sangat percaya dengan persahabatan material dan keduniaan sangat wujud di dalam mana-mana kelas-kelas atau sekolah yang menuntut gred-gred sebagai kayu ukur.

saya juga tak menafikan, tiada rasa untuk mengekalkan kemesraan selepas tamatnya tempoh belajar. habis belajar, habislah jalinan kami. tidak berbekas. kenapa? sebab semasa berkawan, sendiri pun perlu sebab,

“macam mana kau boleh kawan dengan dia?’

“dia kosmet aku”

“dia satu kolej dengan aku”

“dia rumet aku”

 

bila gelaran kosmet, kolej-mate, rumet itu telah tamat, maka tiada sebab lagikah untuk terus berkawan?

pernah tak anda ditanya soalan begini, dan anda tak tahupun atas sebab apa anda berkawan?

saya sendiri terpinga, kawan pun perlu sebabkah?

lama-lama saya jawab begini.

“dia satu akidah dengan saya”

YA! saya bukan satu batch dengan dia, bukan satu kolej, bukan satu kelas, dan bukan sefakulti. jadi kenapa kami boleh berkwan? kerana kami satu akidah, satu syahadah. walau esok kami terpisah dek sempadan dunia, terpisah dek berbza tempat kerja, waima walau esok  nyawa kami tercerai dari badan, pun, kami tetap seakidah! dan bakal bertemu disana nanti atas persamaan ini. Insya Allah.

eh, saya bukan nak bercerita mengenai hal ini ketika saya klik dashboard tadi, em. tak mengapa.layan

 

pulang ke rumah selama 4 hari, bukan boleh dikira lama mana. kalau nak banding 3 bulan.

dan sempat juga menyelak buku adik  yang ada cerpen ‘tas merah jambu’. cerita syud yang semacam sesuai saja dengan situasi saya sekarang.

 

ah! rasanya bila fikir semula. cerita itu adalah sambungan yang direka-reka oleh fikiran penulis, yang tidak kesampaian ditamatkan di alam realiti, lalu dia bertindak menjadi penulis ‘takdir’ untuk dirinya yang ‘dihidupkan’ oleh watak-watak di dalam cerpen ‘tas merah jambu’nya itu, lalu cerita  di alam realiti itu hanya mampu ditamatkan di dalam coretannya di dalam buku!  berani! sangat berani.

hakikatnya, realitinya, banyak cerita tergantung di luar dewan peperiksaan. tak semudah itu untuk mengakhiri cerita.  dan saya sendiri, mengelak dari cerita ditamatkan. rasanya banyak filem yang tergantung jalan ceritanya.  seperti sekarang, saya pun tak tahu nak mengakhiri dengan apa entri ini.

Leave a comment