it's juz omong kosong.. i need something to hear my'voice'

Archive for April, 2012

klibf 2012

rasanya naik kematu tumit dan bergegar lutut pusing seluruh PEsta buku kali ini. Semua yang rasanya diminati, saya masuk, dan try. Gerai pertama menjadi mangsa saya adalah er.. booth apa ya? yang penting mereka jual pen-boleh-baca-Qur’an. Punyalah teruja nak try, semua lengkap, nak baca iqra’ pun boleh. tapi harga sangat standard. rasanya semua yang jual pen-boleh-baca itu, saya masuk dan try. kesimpulannya, manusia lagi pandai baca! ahah!

kesiannya, punya penat lah acik tu bebel sal pen dia tuh, sekali tu, kami berlalu tak beli. sebenarnya berniat nak beli juga, tapi suruh kak kami beli. sekali sampai rumah dia, baru nak suggest, dia dah tunjuk set Qur’an tersebut. hm.. ketinggalan zaman nampaknya..

 

seronoknya ada Qur;an tu, bawak pen je, nak hafal di mana-mana pun boleh. takpe, dah beli buku teknik hafalan JIBRIL, boleh manfaatkan.

selepas itu, gerakan mencari buku-buku tersenarai pun berlaku.. rasanya pesta buku kali ni, saya tak punya jiwa dan semangat tinggi pun, walaupun sebenarnya saya antara orang pertama jejak pesta buku nak banding dengan rakan-rakan saya. ahah!

 

iya, seperti jemari seni, tiada buku menarik yang saya betul-betul nak beli. kak su dan hubbynya tak buat buku baru pun? banyak penulis baru yang belum dapat kepercayaan saya. seperti biasa, bila ke booth jemari seni, saya automatis, akan jadi promoter tak bergaji. “buku ini tak sesuai dengan adik.”

“buku ini ceritanya tak habis”

 

“baik adik baca buku ni. ia memang seronok dan sesuai pengajarannya untuk orang macam adik” ahah! siap judge orang lagi.  sengal2.. nasib baik tiada mereka yang berapron merah hati yang perasan! ahah!

Masuk PTS publication saya rasa macam.. hmspk! sesak sungguh, dah tu, sedewan dengan galeri ilmu. apa fasal ntah nak sama-sama. rasanya PTS boleh tiru karangkraf untuk guna satu dewan untuk dia saja, supaya lebih selesa, dan mesra pembeli. dah tu, buku yang eden nak dah habis. apakah………………….

dan sangat tak best bila PTS dan Galeri Ilmu sibbuk promote buku deme. macam berlwan-lawan pun iya bila bercakap guna mic tu.

 

rasanya tak perlulah promte buku mereka. sepatutnya mereka dah boleh fikir, ‘pengunjung datang ke pesta buku, dan masuk ke dalam dewan THO, ini adakah untuk memesan teh tarik?”

 

kebanyakan pengunjung yang datang biasanya TAHU apa yang mereka MAHU.

 

dan lagi malas dan sakit hati. sangat sakit hati, bila orang jual buku, duduk dengan buku,tapi tak tahu apa yang mereka jual. patut la tak laku! ha, kan dah macam tak sedap je ayat.

 

encik, awak ni jual buku memang nak duit saja ya? aku tanya, sal buku satu hapa pun ko tak tau! ko jual apa ni? kot nak duit pun, janganlah khianati ilmu. muak dengan manusia2 macam ni.

encik, baik pegi jual kertas kosong, kretas A4, yang kosong tu, lebih molek, lebih menyenangkan dunia.

then, dapat jumpa penulis, yang tak terfikir nak jumpa.

 

yang rasa macam tak seronok ialah, tak dapat jumpa noor suraya. that’s all.

 

sebab baru dapat baucer buku dan baru beli sejumlah buku yang banyak, tak rasa nak beli buku dengan banyaknya pun. hasilnya ialah, 3 buah buku saja.  itu pun sebulan lalu, baru dpat sebeban buku belum dihabisin baca, jadi buat masa sekarang sebenarnya ada lebih kurang 5 ke 6 buku yang telah terabai, dan ditinggalkan hak-haknya.  belum masuk buku pinjaman salim A fillah yang seronok tu.

 

buku andrea hirata tajuk ‘ayah’ pun tak keluar kat malaysia.begitu juga buku tere liye yang ‘daun yang tak pernah menyalahkan angin’ pun tak de lagi.  jadi, memang tak banyak buku berjaya menggoda saya kali ni.

 

dan, kebanyakan buku yang saya nak, telah diborong oleh adik sendiri, sekali nak bayar. “eh, asal kau amik buku ni jugak? aku dah amik!”

 

jimat duit aku. ahah!

 

komen :  pesta buku paling tak terancang pernah saya pergi. compared to previous year.

 

aku kenal beliau mestilah bila aku jejakkan kaki ke kampus ni.  masuk tahun ini, baru aku sedar, dia dan kumpulan beliau, mempunyai hobi yang sama.

baca jurnal.

dan aku rasa beliau ada hobi yang baru tumbuh.

setiap kali masuk ke dewan syarahan beliau akan menambah kata-kata wajibnya.

 

“saya dah upload jurnal berkaitan. ia sangat bagus untuk bacaan tambahan kamu.”

 

lalu esok minggunya itulah kata-kata wajibnya.

 

lalu aku hanya tersenyum melihat rambutnya yang masih segar setia menemani kulit kepalanya, sambil aku kagum sendiri, kerana bila aku sapu bilik, ternyata yang meramaikan sampah adalah rambut.